Deadline Drama

Written by AM Interpretiv    |    June 15    |    2 minutes read

Every week we publish a real-life story collected from our translators and interpreters, in the hope that it provides interesting insights and a peek into their lives and experiences. If you are a translator/interpreter and would like to get your stories published, get in touch with us at info@am-interpretiv.com. We would be honored to have you!

Hai, saya seorang penterjemah bahasa Melayu dan telah bekerja sebagai penterjemah selama 18 tahun. Pada awal kerjaya, saya terima sahaja semua jenis terjemahan, sebab masa itu saya masih baru dan masih belum ada banyak pengalaman.

Saya ingat lagi, masa itu mungkin dalam tahun kedua saya bekerja sebagai penterjemah. Saya terima satu tugasan daripada salah sebuah universiti swasta di Malaysia. Mereka ada beberapa modul pembelajaran yang nak diterjemahkan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Saya memang sangat teruja waktu itu, sebab kerja ini bilangan perkataannya banyak dan bayarannya pun lumayan. Bolehlah nak tanggung perbelanjaan saya bayar sewa, beli barang dapur dan sebagainya selama sebulan. Syok betul sebab kerja dalam masa seminggu dah dapat bayaran macam gaji sebulan.

Alhamdulillah saya ambil masa seminggu siapkan terjemahan dan ada baki sehari untuk saya semak semula kerja, betulkan ejaan yang salah, semak gaya terjemahan supaya sesuai dengan gaya penulisan akademik dan sebagainya. Terjemahan ini saya patutnya hantar sebelum pukul 12 tengah malam, jadi saya dengan penuh yakinnya cakap dekat diri sendiri, banyak masa lagi ni. Rilek la dulu, baru pukul 5 petang. Laptop saya waktu tu dah on selama 2 hari, tak tutup-tutup. Saya pergi dapur sekejap nak masak. Bila saya dah siap masak dan nak sambung kerja, tengok-tengok skrin laptop dah padam. Oh shit! Kerja aku tak save lagi!

Cemasnya Tuhan saja yang tahu. Bayangkanlah, kita kerja bagai nak rak seminggu tiba-tiba laptop mati macam tu saja!

Saya baca bismillah, tekan butang on. Wah, menyala! Lepas itu keluar skrin biru, system check. Okey, masih ada harapan ni. Lepas setengah jam keluar pula home skrin, alhamdulillah, kita sujud syukur dulu. Dengan penuh debaran saya klik folder fail kerja, okey fail masih ada. Saya klik dua kali nak buka fail, keluar tetingkap timbul (pop-up window) yang kata fail corrupted. Adoilah! Tak tahu nak menangis ke nak gelak, kenapa benda ni nak jadi masa dah nak hantar? Kenapa dia tak jadi masa mula-mula buat kerja?

Saya terduduk sekejap, apa aku nak buat ni? Lepas 5 minit duduk kaku macam tu otak saya mula ligat berpusing, macam mana nak dapatkan balik fail ni, siapa yang boleh tolong? Saya telefon semua kawan-kawan yang kiranya pandai IT, macam-macam idea yang mereka berikan, semua saya cuba. Akhirnya lepas sejam mencuba macam-macam cara, saya dapat buka fail, semua terjemahan ada! Fuh, lega. Jam dah menunjukkan pukul 9.30 malam, jadi saya laju-laju edit dan tepat pukul 12 tengah malam, saya berjaya hantar fail yang siap diterjemahkan dan disemak kepada klien.

Itulah satu pengalaman yang jadi pengajaran kepada saya sampai sekarang. Sejak itu, kalau buat kerja saya akan save setiap sejam dan ada ada back-up drive juga. Orang kata pengalaman tu guru yang paling baik, kan? Saya dah terkena sekali, jangan sampai pisang berbuah dua kali pula.


Story Credit: Aisyah S., Malay Translator, KL

Subscribe to our newsletter
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.